Saya amat pelik dengan rakyat kita. Sangat suka berita yang sensasi tetapi tidak membawa sebarang maklumat yang berupaya membina minda. Gara-gara kes DSAI Meliwat ramai antara rakyat yang tidak tahu bahawa urusniaga di Bursa Malaysia tergendala pada 3 Julai lalu. Pada saya berita ini lebih penting berbanding kes DSAI.

Mungkin ada yang tidak bersetuju tetapi pada pendapat saya, ia cuma satu lagi kes jenayah biasa (seks di luar tabii memang bukan isu biasa). Ya, benar ia melibatkan seorang tokoh dan pemimpin negara yang sangat hebat dan disegani di seluruh dunia termasuklah Amerika Syarikat. Tetapi sekali lagi, ia cuma satu kes jenayah. Saiful Bukhari Azlan yang kononnya mangsa liwat telah membuat laporan polis. Kini polis sedang menjalankan siasatan. Biarlah polis yang siasat. Tak perlu kita beriya-iya nak siasat juga. Bukan kerja kita.

Ada teman saya yang juga nampak gayanya amat terpikat dengan isu sensasi ini. Memang saya sendiri pun tak percaya dengan tuduhan tersebut. Takkanlah bekas Presiden ABIM buat kerja macam itu. Menurut hipotesis sahabat saya ini, memang ini satu konspirasi. Killing two birds with one stone. Baling batu kepada DSAI, beliau kena dan batu tersebut beliau baling pula kepada Dato’ Sri Najib. Hmm… siapa yang untung? Orang yang buat konspirasilah kan?!

Tetapi kalaulah betul ada orang yang sengaja nak kenakan DSAI, kenapa beliau ‘termakan’ umpan? Awat dah kebuluq sangat ka? Sebab jika difikirkan semula takkanlah si Saiful ni sanggup jual maruah dia demi duit? Sekarang dunia dah maju. Dah tiada sempadan. Gambar dia pun dah satu dunia tengok. Nak menyorok mana lagi kalau dia tipu. Tapi tak tau lah, dunia zaman sekarang.

Cuma yang peliknya, sejak dulu lagi, DSAI tak pernah pun sebut ‘saya TAK BUAT’. Beliau sejak 1998 cuma cakap orang itu fitnah, orang ini konspirasi. DSAI sebut je la terus terang DSAI buat ke tak. Apa yang nak disorokkan.

Ucapan-ucapan DSAI selama ini (saya sebenarnya peminat cara beliau berpidato) memang class. Bahasa, nada, struktur ucapan dan gaya beliau memang boleh mengubah pemikiran, hati dan perasaan kita kepada beliau. Ibu saya yang tinggal di Kuala Kangsar ketika DSAI masih menuntut di MCKK, menceritakan bahawa beliau menjadi pingitan gadis-gadis Kuale disebabkan cara beliau berpidato dan rupa beliau sendiri. Namun, analisis saya adalah semua isi dan perkataan yang digunakan adalah satu teknik spinning yang menyebabkan persepsi pendengar beliau beralih arah mengikut kehendak beliau. Beliau memang pakar dalam bidang ini. Itu sebabnya saya begitu kagum dengan bakat kurniaan Tuhan kepadanya.

Contoh- dalam ucapan beliau ketika perhimpunan di Stadium Malawati pada 1 Julai tempoh hari, beliau berulang-ulang menyebut ini semua fitnah dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan beliau. Tetapi beliau tidak kisah kerana ini bukan perjuangan beliau seorang tetapi perjuangan rakyat. Kemudian beliau mulai menghentam Najib, Ghani Patail dan Musa Hasan. Pendengar telah lupa matlamat utama mereka datang ke perhimpunan tersebut iaitu untuk mendengar penjelasan Anwar samada beliau betul atau tidak melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Na’uzubillah. Bila balik ke rumah, pendengar mula terisi dalam hati bahawa Najib, Ghani dan Musa memang orang tak guna. Tetapi Anwar tak cakap pun yang beliau tak buat. Beliau cuma katakan ini semua fitnah, tetapi kenapa tak sebut sahaja “SAYA TAK BUAT”?

Pada saya tak perlu sampai bermubahalah seperti kata Tuan Guru Nik Aziz. Ikut cara perundangan sedia ada dahlu. Last resort barulah bersumpah. Kata Tuan Guru sangat tepat, maksudnya tak perlu lah kita sibuk-sibuk sangat, ikut prosedur yang ada. Laporan polis dah buat. Jumpa di mahkamah la nanti.