Saya sangat ternanti-nantikan debat ini. Secara jujurnya, saya memang sangat kecewa dengan keputusan kerajaan untuk tidak menaikkan jumlah subsidi yang kita terima selama ini supaya harga minyak dapat dikekalkan pada paras sebelum ini (RM1.92/l). Namun, betul juga sampai bila nak bagi subsidi kalau tidak wang negara akan banyak dihabiskan kepada tujuan ini sahaja. Mungkin tindakan kerajaan ini ada asasnya. Nak beri pendidikan percuma kepada rakyat pun perlu duit juga.

Setahu saya, jumlah yuran setahun bagi bukan rakyat Malaysia hanyalah RM100 setahun. Jika kira buat perkiraan ‘bodoh’ dengan anggapan bahawa setiap pelajar dikenakan yuran sebanyak RM100 seorang maka :-

pendapatan setahun
sebuah sekolah (max) : 6,000 pelajar x RM 100 = RM 600,000

perbelanjaan gaji guru sebulan
gaji & elaun guru : 100 guru (min) x RM 3,000 (purata) = RM 300,000

Dalam masa dua bulan sahaja, jumlah yuran pelajar akan habis hanya untuk membayar gaji dan elaun guru. Itupun minimum gaji dan elaun guru baru lebih RM 2,000. Guru yang dah lama lebih RM 3,000 tak termasuk elaun lagi. Bil ail dan elektrik, alat kelengkapan bilik darjah, makmal, peralatan sukan dan lain-lain lagi bukan percuma. Tambah sekarang ini, yuran sudah percuma. Dari mana agaknya kerajaan dapat duit untuk biaya sekolah-sekolah kebangsaan?

Ambil pula contoh perkhidmatan kesihatan. Bayar RM 1.00 untuk setiap orang yang ke klinik kesihatan Kerajaan. Kalau batuk, doktor bagi khidmat nasihat dan ubat batuk hanya untuk RM 1.00. Kalau pergi ke farmasi pun harga sebotol ubat batuk kecil yang biasa sudah RM 5 (paling murah la tu). Kalau pergi ke klinik swasta pun, khidmat nasihat sahaja dah lebih RM 15. Paling murah saya dapat ialah RM 15 itupun di Rantau Panjang, Kelantan. Kalau di Selangor ni paling kurang pun RM 30. Dari mana kerajaan dapat duit untuk khidmat kepada rakyat ni?

Pada hemat saya, dah tentu dari duit penjimatan subsidi minyak. Sudah tentu daripada bayaran royalti dan dividen petroleum daripada PETRONAS. Memang benar daripada potongan cukai pendapatan kita tetapi banyak mana sangat. Itu pun kita asyik lari bayar cukai. Tipu sana tipu sini. Syarikat-syarikat gergasi pun selalu tipu cukai juga. Milik siapa syarikat gergasi tu?

Contoh paling mudah kedai-kedai jual handphone (HP). paling banyak milik siapa? Semua telefon yang dijual katanya ‘AP’. Saya pelik juga, setahu saya tiada AP yang dikeluarkan oleh MITI untuk HP. Nak tau apa itu ‘AP’?

Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak

Debat : Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak

Mereka ini akan bawa masuk kotak-kotak HP itu sahaja dahulu dan declare pada kastam. Memang la tiada cukai (kalu adapun sangat rendah) sebab yang ada dalam kotak tu hanyalah bateri telefon, handsfree, CD dan manual HP. Berapa sen je pun kalau kena cukai. HP pula akan diseludup masuk. Bukan ke lari cukai namanya tu. Jual kepada kita pula dengan harga sangat tinggi. Harga kos sebiji HP dalam RM 200. Jual kepada kita lebih RM 500. Kalau orang yang faham bahasa dia dapat la kurang sampai RM 400. Ini realitinya. Itu sebab di Pertama Complex tu ramai orang-orangnya sahaja berniaga HP. Orang kita seperti CSL tak boleh jual dengan harga lagi rendah sebab HP yang dijual bercukai yang bukan seludup.

Makin melalut pula. Apapun, pada saya harga petrol kini sukar dikawal. Saya betul-betul nak dengar apa kata DSAI malam esok pada debat dengan Dato’ Shabery Cheek. Kalau setakat mencemuh dan mengkritik, porah! Saya nak dengar cadangan DSAI sebab beliau ada cakap kalau Pakatan Rakyat (PR) perintah, harga minyak akan turun. Kalau betul, apa salahnya? Kalau harga minyak turun banyak benda akan jadi murah. Sebab kos pengangkutan akan murah. Tapi peniaga di negara ini kebanyakan towkey-towkey ni bukan ambil kisah pun. Janji dia boleh kaut untung besar.

Rakyat benar-benar harap harga minyak dapat diturunkan. Berpakatlah wahai politikus supaya rakyat dapat manfaatnya. Janganlah hangpa semua hipokrit saja sebab itu istilah baru bagi munafiq. Jangan macam di Selangor. Penat pangkah tapi tak terlaksana lagi janji PR. Jadi babi di Sepang juga untung!