Pada jam lebih kurang 12.55pm DSAI telah ditahan berhampiran rumahnya ketika pulang dari ibu pejabat BPR. Sepatutnya beliau menghadirkan diri ke IPKKL selewat-lewatnya jam 2 petang tadi. Itupun kerana budi bicara polis walhal waran daripada mahkamah supaya DSAI menyerah diri di IPKKL telah dikeluarkan.

Mungkin penahanan ini bagi membantu siasatan polis ke atas tuduhan beliau meliwat pembantu beliau, Saiful Bukhari. Kita berharap tiada apa yang buruk berlaku ke atas beliau. Namun, sebagai orang Islam hendaklah kita semua bersabar dan tidak melakukan sesuatu yang melulu sehingga mengakibatkan huru-hara pada negara ini. Hormatilah rule of law. Biarlah proses undang-undang berjalan seperti mana sepatutnya.

Saya sedikit gusar jika berita ini tidak dapat diterima secara rasional oleh kita lantas berlaku pertelagahan dan pertembungan antara penyokong beliau di jalanan dengan polis seperti tahun 1998. Siapa yang merusuh ketika itu? Kita orang Melayu Islam. Siapa yang bertahan bagi pihak kerajaan? Polis yang juga rata-rata Melayu Islam. Takut kita bergaduh sesama sendiri, ada orang lain yang ambil kesempatan atas kelemahan kita ini. Sekarang pun sudah ada cakap-cakap yang mereka risau jika berlaku darurat. Mungkin akan ada yang menafikan ini tetapi ini cakap-cakap orang yang berada di bawah. Commoners.

Fikir sebelum bertindak