Minum pagi tadi dengan sahabat-sahabat lama. Banyak juga topik yang dibincangkan. Daripada pasal kereta sampai la isu Batu Putih. Tiba-tiba ada pula teman ni buat lawak, “Weh aku dah ‘liwat’ ni! Nanti bos marah! Korang tak pa la keja sendiri,” apa lagi gelak sakan la kami. Sepemergiannya, kami ni bertukar topik pula kepada cerita Saiful Bukhari diliwat.

Berikutan penyebaran laporan pemeriksaan atau lebih tepat nota pemeriksaan doktor-doktor di PUSRAWI terhadap si Saiful ni, timbul pula teori baru cerita liwat ni.

Kalau diteliti nota pemeriksaan doktor perubatan biasa ni, memang dicadangkan oleh doktor supaya Saiful buat pemeriksaan lajut di Hospital Kerajaan. Mungkin sebab doktor tu bukan doktor pakar dalam bidang ni. Kemudian, jika dilihat catatan ‘Sejarah Perubatan’ pada nota tersebut, disebut ‘pain in the anus when passing motion x1/52′ . Apa kejadah maksudnya tu? Dalam bahasa kebangsaannya adalah ‘sakit di lubang j*&@r apabila nak buang air besar dekat seminggu’. lihat sini

Daripada sini, kami golongan marhain ni buat kesimpulan yang Saiful pi buat medical check up sebab dia sakit anu bila nak berak, dan perkara ni dah berlaku dekat seminggu. Mungkin sebab doktor yang periksa kurang puas hati dengan hasil pemeriksaannya, mencadangkan si budak ni pi hospital kerajaan untuk pemeriksaan lanjut (tapi hairan ya, dia cakap dia kena liwat pada 26 haribulan, dia buat check-up pada 28, tapi susah nak berak dekat seminggu).

Lepas periksa di HKL, dia terus buat report polis. Rasanya sebab doktor di sana dah confirm yang dia diliwat. Sebab liwat ni seks luar tabii di sisi undang-undang kita yang negara Islam ni, dia pun takut dan buat report yang dia diliwat oleh bosnya. Daripada kena sorang baik tarik sekali orang yang bertanggungjawab.

Berbalik kepada tarikh 26hb dan 28hb tadi. Mungkin dia da kena dekat seminggu tapi takut nak report dan buat senyap ja. Bila dah sakit sangat, tu yang pi check. Tengok-tengok kantoi! Apa lagi, report polis la. Kalau tidak doktor pulak charge dia buat hubungan seks di luar tabii.

Ya ka macam tu?

ps- kalau konspirasi pun, ntah-ntah ‘ikan’ tu memang makan ‘umpan’. ish ish ish