Baru semalam SPR mengumumkan yang Pilihan Raya Kecil kerusi Parlimen P.044 Permatang Pauh akan diadakan berikutan perletakan jawatan oleh penyandangnya, Datin Seri Wan Azizah. Penamaan calon akan diadakan pada 16 Ogos ini manakala pilihan raya akan diadakan pada 26 Ogos 2008. Maka kedua-dua belah pihak akan mempunyai tempoh selama 10 hari untuk berkempen. Nampak gayanya, PKR akan mempunyai peluang yang cerah kerana calonnya tidak lain tidak bukan jaguh negara Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas penyandang sehingga 1999.

Bagaimanapun, semalam juga beliau disepina untuk ke Mahkamah Sesyen Jln. Duta bagi mendengar pertuduhan kes liwatnya pada hari ini. Begitu aneh kerana sebaik sahaja sebelum SPR mengumumkan tarikh pilihan raya, pihak polis menyerahkan sepina kepadanya di rumah beliau.

Lagi aneh ialah tindakan DSAI sendiri yang beberapa ketika ini seperti mahu mengelakkan diri daripada dituduh di mahkamah. Tindakan beliau sehingga menyebabkan IGP dan AG tidak terlibat langsung dalam kes ini mula meragukan diri saya tentang kebenaran kes ini. Berapa kali beliau ke BPR untuk memberi keterangan bahawa IGP dan AG menyeleweng bukti kes mata lebamnya dahulu? Kemudian beliau beriya-iya membuat tuntutan qazaf ke atas Saiful supaya tuduhan tersebut digugurkan.

Kalau DSAI berada di pihak yang benar, mengapa tidak tunggu sahaja di mahkamah dan buktikan? Mengapa tidak mahu berikan DNA beliau? Alasan yang diberikan hanya orang tidak punya pengetahuan sahaja akan menerimanya. Beliau takut DNAnya dipalitkan pada Saiful. Apakah itu? DNA tu tengok dengan cermin mata pun confirm tak nampak. Bukannya darah atau air mani yang kita boleh tengok, bau dan rasa. Kalau betul benar, bagi sahajalah rambut atau kuku. Daripada benda-benda ini pun dah dapat tentukan DNAnya. Takkan lah logik kalau ada rambut atau kuku dalam dubur orang?

Kemudian, laporan perubatan PUSRAWI pun meragukan lagi saya. Kalau betul konspirasi, kenapa buat check up di PUSRAWI? Kenapa tidak terus ke hospital kerajaan? Nak tahu lebih lanjut rujuk Laporan Saiful Diliwat: Sukarela? 

Tetapi kini kes telah dibawa ke Mahkamah. Biarkanlah mahkamah memutuskannya. Tetapi tak tau la pula kalau ada orang kata hakim kita tidak telus. Bila nak telus? Bila DSAI jadi PM baru semua jadi TELUS ke?