You are currently browsing the tag archive for the ‘Anwar Ibrahim’ tag.

Cerita ni dah lama. Saya dok tertanya-tanya juga sebelum ni betui ka Datuk Seri Anwar ada buat janji nak tolong orang Kampung Buah Pala di Pulau Pinang. Kawasan perumahan tu patut kena tolak untuk di jadikan kawasan komersial selepas tanah kampung tu dibeli oleh Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang. Tapi penduduk kampung tak mahu berpindah kerana itu merupakan kampung halaman mereka.

Untuk selesaikan perkara ni, Datuk Seri Anwar dirujuk untuk diminta pertolongan. Ikut video di bawah, Datuk Seri janji akan selesaikan kes ni 2 minggu lepas pilihan raya. Itupun kalau pakatan rakyat menang di Pulau Pinang.

Tapi janji orang politik ni memang susah nak percaya. Bila tiba masanya, kawasan ni pun nak ditolak. Penduduk bengang la sebab, lain dijanji lain pula yang depa dapat. Dah la nak jumpa Ketua Menteri pun payah. Macam-macam alasan yang Lim Guan Eng bagi. Dengar kata, Guan Eng pun marah kat Anwar sebab janji bukan-bukan. Pastu tolak kat dia pula untuk selesaikan.

Kesudahannya, kampung tu la ni dah wa tammat…

 

sedikit cerita mengenai Kampung Buah Pala yang saya petik dari satu blog ni

 

Perkampungan terakhir orang Tamil di Pulau Pinang itu dikelilingi oleh bangunan dan taman perumahan yang pada satu ketika dahulu menjadi sebahagian daripada ladang atau estet milik keluarga Brown.

Kampung Buah Pala diberi nama sempena ladang pokok pala yang diusahakan oleh David Brown, seorang ahli perniagaan yang kaya yang berhijrah ke Pulau Pinang semasa pentadbiran EIC (East India Company) yang diketuai oleh Francis Light.

Brown membuka ladang yang dikenali sebagai Gelugor Estate atau Periya Thottam kepada orang Tamil, iaitu ladang rempah ratus yang menghasilkan buah pala, cengkih dan lada hitam.

Selain Gelugor Estate, David Brown turut memiliki dua ladang yang tidak kurang luasnya itu Sungai Nibong dan Sungai Dua Estate (Sinna Thottam).

Turut memiliki ladang dan hartanah yang besar pada ketika itu ialah Francis Light sendiri dan James Scott.

Orang Inggeris menguasai hampir 75 peratus tanah di Pulau Pinang yang bermula dari puasat bandar hinggalah ke Sungai Nibong dan Ayer Itam.

Untuk mendapatkan tenaga kerja di ladang dan juga untuk kerja-kerja binaan jalan dan sebagainya, pihak Inggeris membawa masuk pekerja dari India terutamanya banduan. Bermula pada tahun 1790 rakyat India, kebanyaknnya negeri Tamil, berhijrah ke Pulau Pinang.

David Brown turut tidak ketinggalan membawa masuk pekerja dari India untuk bekerja di ladang rempah ratusnya. Tidak seperti tenaga kerja yang pulang ke India selepas mengumpul wang secukupnya, pekerja Brown memilih untuk menetap dan berkeluarga di ladang tempat mereka bekerja.

Apabila David Brown meninggal dunia pada tahun 1825 (iaitu 184 tahun lalu), pentadbiran ladangnya diambil alih oleh anak dan seterusnya oleh waris beliau yang lain. Apabila tanaman getah diperkenalkan di Tanah Melayu, keluarga Brown turut membuka ladang getah sehingga ke Sungai Ara.

Keluarga Brown adalah antara keluarga yang paling kaya di Pulau Pinang dan selain memiliki ladang getah dan rempah ratus, mereka turut memiliki tiga buah rumah di puncak Bukit Bendera.

Sebuah rumah yang dikenali sebagai David Brown’s Cottage dibina di Strawberry Hill, yang dinamakan sempena ladang strawberry milik Brown, dan sebuah lagi rumah dikenali sebagai Brown House dan sebuah lagi bernama Mon Craig.

Jika anda ke Pulau Pinang anda akan diberitahu bahawa antara tempat yang menawarkan makanan ala-penjaja yang terbaik ialah di Padang Brown atau Padang Brom bagi sesetengah warga Pulau Pinang.

Padang Brown sudah tentu pada asalnya hartanah milik keluarga Brown yang dihadiahkan kepada rakyat Pulau Pinang sebagai sebuah padang permainan terutama bolasepak. Di Padang Brown atau kemudian dikenali sebagai Padang Datuk Keramat terdapat sebuah tugu peringatan untuk David Brown iaitu Brown Memorial.

Selain Padang Brown, terdapat sebuah taman perumahan yang menempatkan rumah kos rendah hinggalah ke kos sederhana tinggi yang dikenali sebagai Brown Garden. Ia adalah sebahagian daripada tanah Gelugor Estate yang dijadikan kawasan perumahan awam antara yang terawal di Pulau Pinang.

Brown Garden kini bertukar nama kepada Taman Tun Sardon, iaitu semasa orang politik begitu ghairah menukar nama jalan, kampung dan tempat daripada nama Inggeris kepada nama tempatan dan Brown Garden adalah antaranya.

kudaranggi

Advertisements

Terkini! Presiden PKR, Wan Azizah melatak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya bagi bertanding di Kawasan Parlimen tersebut.

Hmm.. pelik juga saya, memula kata di Kulim, tapi tak jadi pula. Ahli Parlimen Kulim tak mau beri laluan kepada big bos dia ka? Boleh ka macam tu? Saya ingat Ketua Umum PKR akan bertanding di Bandar Tun Razak sebab Tan Sri Khalid (Ahli Parlimen kawasan tersebut) dah menjadi MB di Selangor. Mungkin dengan cara ini, Tan Sri Khalid boleh concentrate di Selangor. Adakah sebab sokongan kepada DSAI kian menurun di KL menyebabkan beliau balik kampung?

Baru sat ni saya baca satu makalah di MyMassa.com. Menarik juga analisis laman web ni. Ini berkaitan isu qazaf yang DSAI pi buat kat JAWI beberapa minggu lalu. Betui juga kata penulis ni sebab kalau dibenarkan qazaf untuk kes liwat DSAI ni, pastinya undang-undang Islam itu memang tak adil.

Ini penjelasan berkenaan qazaf yang pada saya sangat tepat dan logik. Kenapa la DSAI pi buat kenyataan macam tu. Tindakan beliau tu kalau hakim dan pegawai agama kita tak cerdik, orang akan kata yang Islam ini tak adil. Padahal manusia itu sendiri yang berada dalam kejahilan.

Tentang qazaf dan apa yg saya faham,qazaf ini digunapakai terhadap tuduhan berzina,maknanya org yg melakukan seks atau liwat atas dasar suka sama suka dan apabila ditangkap mereka tak mengaku,maka hendaklah kita kemukakan empat saksi.sebab itu pencegah maksiat jika hendak buat serbuan mereka mesti ada 4 org atau lebih.

bg org yg membuat pengakuan dia diliwat atau dirogol jika kita gagal kemukakan 4 saksi maka penyelesaiannya ialah BERMUHABALAH.Anda semua harus pandai bezakan antara zina dan rogol.zina suka sama suka,rogol paksaan.mana ada dlm dunia ni perogol atau peliwat yg nak rogol atau liwat mangsanya di depan 4 org.mestilah ianya dilakukan ditempat sunyi,kalau dah ada 4 org saksi maka si perogol atau peliwat ini dah tentu MAKAN PENENDANG 4 org ini tanpa sempat merogol atau meliwat.

Sbg contoh seorang wanita cantik cun melecun sedang berjalan di kawasan sunyi,tiba2 dtg seorang lelaki tarik beliau masuk ke dalam kereta dan dibawa ke dlm hutan lalu merogolnya.wanita itu tidak melawan semasa dirogol kerana takut dibunuh dan dibakar mayatnya,maka wanita itu pun terpaksalah buat berpura pura suka pada perogol ini.selepas selesai episode rogol merogol ini,wanita ini pun pulang dgn selamat dan beritahu keluarga beliau yg dia dirogol,kemudian wanita ini di bawa ke pejabat agama utk buat laporan,dan pada masa itu pegawai agama itu akan bertanya begini.

kamu ada 4 saksi tak melihat kamu dirogol ? wanita itu jawab tiada.kalau tiada kamu boleh balik,kerana gagal kemukakan 4 saksi.ADAKAH INI KEADILAN YG DIKEHENDAKI DLM ISLAM ? DI MANA KEADILAN ? CUBA BAYANGKAN JIKA PERKARA INI BERLAKU KPD ADIK BERADIK ATAU SAUDARA MARA KITA.
MyMassa.com

Meminjam kata-kata P.Ramlee dalam cerita Ibu Mertuaku

Mengapakah kau diciptakan Allah menjadi manusia. Kan lebih baik kau menjadi haiwan!
Kassim Selamat

DSAI telah dibebaskan lebih kurang 9.30 pagi tadi dengan jaminan polis. Satu sidang media akan diadakan di rumah beliau di Segambut jam 2 petang ini. Penahanan DSAI semalam adalah untuk membantu siasatan bagi dakwaan beliau meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Beliau bagaimanapun perlu melapor diri semula di IPKKL pada 18 Ogos ini.

Sekiranya didapati bersalah bagi tuduhan ini, beliau boleh dihukum sehingga 20 tahun penjara.

Seorang suspect boleh dibebaskan dengan jaminan polis tetapi perlu melapor diri semula pada satu tarikh yang ditetapkan.

Adakah penahanan DSAI adalah satu konspirasi atau memang benar ia berlaku? Jika konspirasi, angkara siapa? Adakah rancangan #1, #2 atau beliau sendiri? Tetapi mengapa DSAI sering berdolak dalik apabila dipohon menyatakan dengan jelas dan terang sama ada beliau benar melakukannya atau tidak? Jika betul ada satu rancangan jahat untuk membunuh Anwar, mengapa baru sekarang? Mengapa bukan ketika beliau membuat rapat umum di seluruh negara setahun yang lepas? Jika Presiden US yang dikawal ketat pun senang dibunuh, mengapa tidak di Malaysia yang DSAI sendiri tidak dikawal seketat mana?

Keliru.

…………………………………….

VIDEO PERHIMPUNAN DI DEPAN IPKKL MALAM TADI

Ketika waktu hampir menepati jam sembilan malam saya masih lagi menunggu makanan yang saya pesan untuk ‘tapau’ siap. Seperti ramalan saya, akan kurang pelanggan di kedai makan berhampiran kawasan perumahan saya mala mini. Tidak lain tidak bukan rakyat benar-benar ingin tahu apa butir-butir akan diluahkan oleh DSAI, Ketua Umum PKR dan Menteri Penerangan, wakil kerajaan.

Sepanjang satu jam, pada saya banyak penjelasan kerajaan mengapa subsidi petrol dan diesel tidak dapat dinaikkan supaya harga pasaran bahan api tersebut melambung tinggi sehingga kita benar-benar merasai kesannya. Kadar inflasi kini melonjak hampir 7%. Walau bagaimanapun, menurut Dato’ Shabery Cheek (DSC) jika tidak diambil pendekatan ini, kadar inflasi mungkin akan lebih tinggi dan ini akan lebih membebankan rakyat.

Selain itu, hasil masyhul daripada PETRONAS yang berbilion-bilion itu disalurkan untuk pembangunan rakyat dari segi pendidikan percuma, perkhidmatan kesihatan dan subsidi-subsidi yang lain. Betul juga fikir saya, kerana walaupun harga minyak telah meningkat sepanjang hidup saya, bayaran perkhidmatan hospital dan klinik kerajaan masih RM 1. Gaji doktor dan jururawat pun sudah naik. Harga ubat juga naik tetapi caj tersebut tetap sama. Jika diambil kira daripada hasil cukai negara pun tidak cukup. Betul juga.

Namun, apa yang diutarakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) juga ada baiknya. Buat apa dirugikan wang rakyat bagi menanggung IPP. Bukankah lebih baik semua itu ditanggung oleh TNB. Jika diberi subsidi sekali pun ia adalah syarikat berkaitan kerajaan. Akhirnya ia menguntungkan rakyat dan kerajaan juga. Tetapi pemberian subsidi kepada IPP menguntungkan towkey-towkey IPP sahaja. Rakyat hanya dapat serpihan. Jika elektrik juga dapat dikurangkan taarifnya,sudah tentu harga barang (mungkin) lebih murah sedikit. Yalah, kos elektrik sebenarnya ditanggung oleh kita pengguna melalui harga barang yang dijual. Milik siapa semua IPP ini? Patutlah MCA dan GERAKAN tak pernah nak sibuk-sibuk suruh hapuskan IPP.

Tetapi saya tertarik dengan hujah DSC yang mengatakan bahawa IPP ini hasil usaha DSAI ketika menjadi TPM dahulu. Kini beliau pula menyanggahnya. Pelik. Gimik politik? (yalah Melayu kan mudah lupa). Kerajaan seharusnya mencari jalan supaya IPP ini dihapuskan juga, pada pendapat saya. Mereka punya kuasa kini, gunalah sebaiknya.

Saya sedikit terkilan kerana satu soalan yang sangat penting daripada kerajaan tidak dijawab oleh DSAI. Malah beliau berdolak-dalik. DSC bertanya sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memerintah kelak, lantas simpanan minyak kita sudah habis dan menjadi pengimport minyak, apa tindakan PR bagi mengatasinya. DSAI tidak menjawab soalan ini. Beliau kembali menjelaskan cara bagaimana kerajaan dapat mengurangkan harga petrol hari ini daripada RM2.70 kepada RM2.20. Itu sekiranya pada hari ini. Jika harga petroleum melambung menjadi USD200 setong bagaimana? Jimat 50 sen mana cukup. Walhal janji PR sebelum pilihanraya adalah kurang 50 sen daripada harga petrol pada ketika itu daripada RM1.92 kepada RM1.42. Kenapa timbul pula isu nak kurang RM2.70 kepada RM2.20? Takkanlah nanti bila petrol BN harga RM4.00, PR nak kurang jadi RM3.50 saja? Sama sajalah kalau macam tu siapa yang perintah sekali pun. Petrol tetap naik! Kita nak harga dia kurang dan inflasi turut kurang.

Pada awal sesi debat telah diingatkan oleh pengerusi majlis supaya perdebatan hanya berkisar kepada soal turun harga minyak. Apa yang berlaku, kadang-kadang mereka berdua ini saling mengkritik personaliti satu sama lain. Kalau politik kita matang, bukankah lebih baik mereka berbincang bagaimana nak pasti harga minyak kita terus di bawah paras yang rakyat semua mampu dan inflasi turut turun ke paras 1% sahaja. Mungkin ini kata orang mustahil dan tidak pandai ekonomi. Tetapi janganlah kita hanya pandai mengaplikasikan teori ciptaan orang sahaja. Bukankah lebih baik kita cipta teori baru demi keuntungan rakyat Malaysia. Setidak-tidaknya teori kawalan mata wang kita dulu (idea Tun Mahathir) kini menjadi ikutan banyak negara walaupun dulu dikutuk dunia terutama negara-negara yang dikuasai Yahudi ekonominya.

Sedihnya kita sesame Islam bertelagah, orang lain juga dapat untungnya. Bila UMNO dan PAS dan berbincang ni? Jadi ka? Bagus juga tu.

Saya amat pelik dengan rakyat kita. Sangat suka berita yang sensasi tetapi tidak membawa sebarang maklumat yang berupaya membina minda. Gara-gara kes DSAI Meliwat ramai antara rakyat yang tidak tahu bahawa urusniaga di Bursa Malaysia tergendala pada 3 Julai lalu. Pada saya berita ini lebih penting berbanding kes DSAI.

Mungkin ada yang tidak bersetuju tetapi pada pendapat saya, ia cuma satu lagi kes jenayah biasa (seks di luar tabii memang bukan isu biasa). Ya, benar ia melibatkan seorang tokoh dan pemimpin negara yang sangat hebat dan disegani di seluruh dunia termasuklah Amerika Syarikat. Tetapi sekali lagi, ia cuma satu kes jenayah. Saiful Bukhari Azlan yang kononnya mangsa liwat telah membuat laporan polis. Kini polis sedang menjalankan siasatan. Biarlah polis yang siasat. Tak perlu kita beriya-iya nak siasat juga. Bukan kerja kita.

Ada teman saya yang juga nampak gayanya amat terpikat dengan isu sensasi ini. Memang saya sendiri pun tak percaya dengan tuduhan tersebut. Takkanlah bekas Presiden ABIM buat kerja macam itu. Menurut hipotesis sahabat saya ini, memang ini satu konspirasi. Killing two birds with one stone. Baling batu kepada DSAI, beliau kena dan batu tersebut beliau baling pula kepada Dato’ Sri Najib. Hmm… siapa yang untung? Orang yang buat konspirasilah kan?!

Tetapi kalaulah betul ada orang yang sengaja nak kenakan DSAI, kenapa beliau ‘termakan’ umpan? Awat dah kebuluq sangat ka? Sebab jika difikirkan semula takkanlah si Saiful ni sanggup jual maruah dia demi duit? Sekarang dunia dah maju. Dah tiada sempadan. Gambar dia pun dah satu dunia tengok. Nak menyorok mana lagi kalau dia tipu. Tapi tak tau lah, dunia zaman sekarang.

Cuma yang peliknya, sejak dulu lagi, DSAI tak pernah pun sebut ‘saya TAK BUAT’. Beliau sejak 1998 cuma cakap orang itu fitnah, orang ini konspirasi. DSAI sebut je la terus terang DSAI buat ke tak. Apa yang nak disorokkan.

Ucapan-ucapan DSAI selama ini (saya sebenarnya peminat cara beliau berpidato) memang class. Bahasa, nada, struktur ucapan dan gaya beliau memang boleh mengubah pemikiran, hati dan perasaan kita kepada beliau. Ibu saya yang tinggal di Kuala Kangsar ketika DSAI masih menuntut di MCKK, menceritakan bahawa beliau menjadi pingitan gadis-gadis Kuale disebabkan cara beliau berpidato dan rupa beliau sendiri. Namun, analisis saya adalah semua isi dan perkataan yang digunakan adalah satu teknik spinning yang menyebabkan persepsi pendengar beliau beralih arah mengikut kehendak beliau. Beliau memang pakar dalam bidang ini. Itu sebabnya saya begitu kagum dengan bakat kurniaan Tuhan kepadanya.

Contoh- dalam ucapan beliau ketika perhimpunan di Stadium Malawati pada 1 Julai tempoh hari, beliau berulang-ulang menyebut ini semua fitnah dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan beliau. Tetapi beliau tidak kisah kerana ini bukan perjuangan beliau seorang tetapi perjuangan rakyat. Kemudian beliau mulai menghentam Najib, Ghani Patail dan Musa Hasan. Pendengar telah lupa matlamat utama mereka datang ke perhimpunan tersebut iaitu untuk mendengar penjelasan Anwar samada beliau betul atau tidak melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Na’uzubillah. Bila balik ke rumah, pendengar mula terisi dalam hati bahawa Najib, Ghani dan Musa memang orang tak guna. Tetapi Anwar tak cakap pun yang beliau tak buat. Beliau cuma katakan ini semua fitnah, tetapi kenapa tak sebut sahaja “SAYA TAK BUAT”?

Pada saya tak perlu sampai bermubahalah seperti kata Tuan Guru Nik Aziz. Ikut cara perundangan sedia ada dahlu. Last resort barulah bersumpah. Kata Tuan Guru sangat tepat, maksudnya tak perlu lah kita sibuk-sibuk sangat, ikut prosedur yang ada. Laporan polis dah buat. Jumpa di mahkamah la nanti.

Raya Puteh

Laman ini merupakan luahan pendapat penulis berkenaan isu-isu semasa negara. Semoga ia menjadi satu ruang perbincangan dan perdebatan sihat antara warga Malaysia

KEMPEN SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA


KLIK GAMBAR UNTUK TANDATANGAN PETISYEN

Kalender

November 2017
M T W T F S S
« Oct    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930